Dua agen judi diberkas

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)'Padawan memberkas seorang wanita yang merupakan pekerja menjalankan aktiviti penjualan loteri awam haram petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil  Bolhassan berkata, wanita berusia 25 tahun itu ditangkap di HG Mini Mart, Bazaar Batu 10, Kota Padawan, Jalan Penrissen, di sini, jam 3 petang.

"Tangkapan telah dilakukan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPD Padawan.

"Seunit telefon jenama Neffos dan wang tunai RM 80 telah dirampas dan  suspek mengaku bekerja sebagai penjual judi loteri awam tanpa lesen,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dalam serbuan berasingan pihaknya telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun 
kerana disyaki menjalankan aktiviti aktiviti judi atas talian.

"Tangkapan dilakukan jam 3.40 petang di  X.E Mart, Batu 7 dan suspek mengaku bekerja sebagai penjual judi atas talian.

"Pihak kita merampas seunit telefon jenama Mi dan wang tunai RM 128,"ujarnya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
LihatTutupKomentar
Cancel