Dua lelaki jual nombor tanpa lesen diberkas
SARATOK:Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Saratok memberkas dua lelaki kerana menjalankan kegiatan menjual nombor ekor haram dalam Ops Dadu hari ini.
Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata,dalam tangkap kes pertama jam 2.30 petang,pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Saratok
serta Balai Polis Roban telah membuat serbuan di sebuah kedai Roban New Bazaar (Snooker).
"Seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap keran disyaki menjalankan kegiatan judi penjualan nombor ekor haram.
"Seunit telefon bimbit jenama Samsung,enam keping kertas yang bertulis angka 4D haram dan tiga batang pensel dirampas,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,suspek kemudiannya ditangkap dan dibawa ke IPD Saratok berserta rampasan untuk siasatan lanjut.
"Dalam serbuan kedua jam 3.30 petang, kita membuat serbuan di sebuah kedai makan di Roban Bazaar, Jalan Feeder.
"Seorang lelaki berusia 47 tahun disyaki menjalankan kegiatan judi penjualan nombor ekor haram ditangkap.
"Kita merampas seunit telefon bimbit jenama Nokia,seunit mesin printer,dua gulong kertas print dan tiga keping kertas yang bertulis angka 4D haram,"katanya.
Beliau berkata,suspek turut ditangkap dan dibawa ke IPD Saratok berserta rampasan untuk siasatan lanjut.
"Kedua-dua suspek ditahan dalam lokap dan akan dipohon tahanan reman pada esok hari,"tegasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(A)(a) Akta Rumah Judi Terbuka(ARJT) 1953.