Gerhana bulan Penumbra
![]() |
Lurve Fu Jxie, 33 bergambar berlatar belakangkan kejadian gerhana bulan Penumbra di rumahnya pagi tadi. |
Antaranya, Lurve Fu Jxie, 33 yang mengambil gambar gerhana itu dari tempat letak kereta rumahnya terletak di Jalan Batu Kawa-Matang pada jam 1.58 pagi tadi dengan mengunakan telefon pintarnya.
"Saya mengetahui ada kejadian gerhana bulan Penumbra berlaku pagi ini dan esok dari internet. Nasib baik gerhana bulan terbabit yang besar dapat dilihat dengan terang di kawasan perumahan saya,"katanya.
Lurve yang mengajar di satu pusat tuisyen di bandar raya ini telah bangun awal pagi tadi bagi mengambil gambar gerhana itu sebagai kenangannya.
Sebelum ini, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, dalam satu kenyataan dikeluarkannya mendedahkan rakyat Sarawak berpeluang menyaksikan gerhana bulan Penumbra yang akan berlaku pagi hari ini.
Gerhana itu boleh dilihat bermula jam 1.45 pagi dengan kemuncaknya pada 3.24 pagi dan berakhir pada 5.04 pagi pada magnitud -0.41 dan berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan Penumbra iaitu kawasan yang hampir sejajar dengan matahari dan bumi.
"Gerhana bulan Penumbra ini berlaku pada fasa bulan penuh dan cahaya bulan menjadi suram akibat daripada cahaya matahari yang terlindung dengan bumi," menurut kenyataan itu.