GPS tolak pinangan Anwar Ibrahim

Oleh Wartawan Gago Daily


Gambar di atas meletakkan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim  seolah-olah sudah diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Pemimpin kesayangan penyokong PKR Sarawak itu dilihat penuh elegan duduk di tengah-tengah. 

Mohamad Sabu bagaikan Timbalan Perdana Menteri sebagai orang kanan, manakala Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Senior, selaku penasihat di sebelah kiri. 

Shafie Apdal dan Lim Guan Eng menjadi Menteri Kanan. 

Gambar yang cukup elegan, dengan para pemimpin kanan pusat duduk di hadapan. 

Namun, hakikatnya Harapan sudah musnah. 

Harapan setinggi gunung sudah hancur menjadi debu. 

Pinangan yang dibuat Anwar Ibrahim ditolak mentah mentah oleh Gabungan Parti Sarawak. 

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS)  tidak mahu berjumpa Anwar Ibrahim.

Sumber-sumber dari GPS dan PKR Sarawak memberitahu The Malaysian Insight bahawa Anwar tiba di Kuching menerusi satu penerbangan disewa khas untuk bertemu Abang Johari.

“GPS mempunyai dua syarat yang tidak boleh dibincang iaitu tiada DAP dan bukan Anwar sebagai perdana menteri.” kata sumber itu.

Abang Johari sebelum ini pernah bertegas GPS tidak akan menyokong kerajaan persekutuan jika DAP sebahagian daripadanya. 

“Kami tidak boleh bekerja dengan DAP,” kata Johari.

GPS juga tidak percaya kepada DAP yang mahu membuang mereka dari berkuasa pada pilihan raya negeri.

Anwar dipetik dalam Malaysia Gazette berkata, pengalaman menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan tersebut.

Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau diwajibkan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.

“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” katanya ketika bersiaran langsung di laman Facebook semalam.

Rentetan Anwar ke Sarawak menjadi bahan lawak tentera siber GPS untuk terus mempersendakan Pakatan Harapan.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing berkata, bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai lawatan Presiden PKR Anwar Ibrahim ke Sarawak untuk melobi GPS.

"GPS teguh di belakang Muhyiddin," kata James yang dipetik akhbar The Star.

Sementara itu, Ahli Parlimen PBB Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg tidak pernah membelakangkan pemimpin GPS dalam membuat keputusan.

"Abang Johari adalah pemimpin yang sangat inklusif. Dia mengamalkan mesyuarah dan tanggungjawab bersama. Segala keputusan dibuat dalam perbincangan dengan ahli parlimen dan ADUN GPS," katanya.

Lebih memeritkan buat Anwar, sekutu beliau sudah menyiarkan video mendedahkan butir perbincangan pemimpin tertinggi PH mendesak Anwar untuk mempertimbangkan agar Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai calon perdana menteri.


LihatTutupKomentar
Cancel