Guan Eng, orang PH cetus idea negara muflis



KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan menuntut permohonan maaf dari bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli politik PH yang menabur fitnah kepada rakyat hutang negara tinggi serta akan muflis.

Pengerusi SUPP Cawangan Stakan Sim Kiang Chiok
berkata, pembohongan tersebut terbukti tidak benar dan kebenarannya dapat dilihat sekarang.

"Sangat mustahil bagi kerajaan PN sekarang yang begitu efisien dalam dua setengah bulan terakhir tanpa dana yang sangat diperlukan," katanya dalam kenyataan media.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohamad telah menjelaskan dalam beberapa hari terakhir berkuasa bahawa sebenarnya Malaysia mempunyai simpanan tunai RM2 trilion dan mampu mengatasi wabak Covid-19.

Ia kemudiannya disahkan oleh Menteri Kewangan baharu Tengku Zafril.

Sim Kiang Chiok berkata, kenyataan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak juga membuat tohmahan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan mendakwa bajet RM11 bilion pada tahun 2019 akan membuat Sarawak muflis.

Katanya, SUPP mendesak orang ramai untuk melihat dakwaan oleh DAP ini sebagai apa yang sebenarnya pembohongan.

Beliau berkata, rakyat harus menyedari semua tohmahan palsu dilakukan PH sebelum PRU-14 sehingga kehilangan kuasa.

Katanya, rakyat juga sudah faham PH mencetuskan idea secara konsisten negara muflis dalam merebut kuasa menawan Putrajaya.
LihatTutupKomentar
Cancel