Jalan Datuk Mohd Musa Kota Samarahan naiktaraf jadi empat lorong


KOTA SAMARAHAN: Projek menaiktaraf Jalan Datuk Mohd Musa Laluan 8101 Kota Samarahan sepanjang 11.6 kilometer bernilai RM 180 juta dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan infrastruktur jalan raya yang lebih selesa dan selamat kepada 70,000 pengguna jalan raya persekutuan  tersebut.

"Jalan Datuk Mohd Musa merupakan penghubung terpenting  antara Kota Samarahan dan Kota Sentosa dan Kota Padawan yang mengalami pembangunan pesat kawasan perumahan baru dan pembukaan kilang.

"Pembangunan pesat ini turut didorong oleh aktiviti pelancongan pendidikan dan pelancongan perubatan di Kota Samarahan,"katanya di majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Laluan 8101 Jalan Datuk Mohd Musa di sini, hari ini.

Justeru, katanya, dengan menaiktaraf jalan raya itu bukan sahaja memberi keselesaan, penjimatan, masa perjalanan, bahkan melonjak lagi pembangunan ekonomi setempat.

"Skop projek ini adalah menaiktaraf jalan dua lorong dua hala sedia ada kepada jalan empat lorong dua hala,"ujarnya.

Selain itu, termasuk di dalam skop adalah penjajaran bermula dari Batu 81/2 Jalan Kuching-Serian, melalui Jalan Datuk  Mohd Musa sehingga ke bulatan Jalan Datuk Mohd Musa.
LihatTutupKomentar
Cancel