Jalan teruk, penduduk Jelalong mengeluh


BINTULU: Penduduk di Jelalong mengeluh berikutan jalan perhubungan mereka sangat teruk, licin dan bahaya sehingga ada yang  yang tidak dapat keluar menjual hasil kebun sawit mereka hampir seminggu ini. 

Ketua Cabang Keadilan Hulu Rajang, Abun Sui Anyit berkata, jika keadaan itu 
berterusan hasil pertanian mereka tidak dapat dibawa keluar untuk dipasarkan.

"Jalan tanah bekas jalan balak adalah satu-satunya jalan darat untuk laluan ke Jelalong dari Jalan Bintulu-Bakun oleh penduduk sebelah kiri mudik Sungai Kemena, Tubau dan Sungai Jelalong,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk membuktikan bahawa Jelalong belum ada jalan berturap walaupun Sarawak sudah merdeka 57 tahun, Abun memberikan gambar koleksi beliau. 

"Hanya jalan tanah bekas jalan balak ini sahaja jalan untuk penduduk di sini.

"Menurut penduduk di tempat ini, mereka sudah mengadu keadaan ini kepada wakil rakyat Murum dan ahli Parlimen Hulu Rajang tetapi sampai sekarang belum ada respon positif dari kerajaan,"jelasnya.

Justeru, katanya, Keadilan Hulu Rajang menggesa kerajaan Sarawak segera membina jalan untuk rakyat di tempat itu.

Kredit Gambar Abun Sui Anyit. 
LihatTutupKomentar
Cancel