Jambatan Gantung mercu tanda baru di Asajaya
ASAJAYA: Projek pembinaan Jambatan Gantung Pekan Asajaya yang dibina bermula pertengahan tahun 2018 yang lalu, siap sepenuhnya awal tahun ini.
Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata,projek pembinaan jambatan berkenaan menelan kos sebanyak RM500,000.
"Jambatan gantung ini akan menjadi mercu tanda baharu kepada masyarakat di kawasan Asajaya dan sekitar,menggantikan jambatan lama sebelum ini,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian jambatan terbabit hari ini.
Katanya,pembinaan jambatan itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah Ahli Parlimen Kota Samarahan.