JBALB nafi mangsa lemas dalam kolam loji, Bomba buat ralat
"Pihak JBALB Sarawak ingin menegaskan bahawa laporan yang mangatakan mangsa lemas di loji rawatan air Stumbin adalah tidak benar sama sekali,"menurut kenyataan jabatan terbabit di laman media sosialnya.
Ini berikutan semalam telah dilaporkan dalam laman sosial yang seorang mangsa lelaki berusia 13 tahun telah terjatuh dalam loji air di Gran Stumbin.
Laporan kejadian terbabit didakwa diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Sri Aman pada jam 4.40 petang semalam.
Sementara itu, Pusat Gerakkan Operasi Bomba mengeluarkan ralat hari ini yang kejadian semalam berlaku di kolam buatan beralamat di Kolam Buatan Peladang Geran Stumbin dan bukannya di loji air seperti dilaporkan semalam.
Pihaknya juga mendedahkan kerja mencari mangsa, Vensen Kelly Albis,14, di keseluruhan kolam terbabit mengunakan teknik water surface searching mengunakan Grapping Iron dan mangsa masih belum dijumpai semalam.
Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan jam 10 malam semalam atas faktor keadaan gelap dan hujan dilokasi serta disambung hari ini.