JKR buka tender naiktaraf sekolah daif
KUCHING, 16 Jun: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kini membuka bidaan tender bagi projek cadangan pembangunan semula lima sekolah daif di Sarawak.
Menurut laman Facebook Komunikasi Korporat JKR Sarawak, sekolah itu ialah bagi SK Adin di Sarikei yang ditender semula dan SK Sg Lamaus di Subis yang tarikh tutup bidaannya pada 29 Jun depan jam 12 tengahari.
Tiga sekolah lagi ialah SK Tebelu di Simunjan, SK Ulu Kakus, Tatau di Bintulu dan SK Bario di Miri yang tarikh tutup bidaanya pada 6 Julai depan jam 12 tengahari.
Juga dibuka bidaan tender ialah projek berkaitan jalan raya termasuk menaiktaraf lima bulatan sepanjang jalan Kuching-Samarahan Expressway, projek menaiktaraf dan menurap Jalan Sadong Jaya/ Sungai Buloh di Samarahan dan Jalan Tanjung Kidurong/Kuala Suai/Kuala Niah/Kuala Sibuti/Bakam di Miri.
Bidaan tiga projek berkaitan jalan terbabit akan ditutup 8 Julai depan jam 12 tengahari.