Kawasan rendah di Sri Aman dan Betong dilanda banjir

SRI AMAN: Empat buah rumah terjejas akibat banjir di Kampung Tuai Rumah Umbik, Jalan Kejatau, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, keadaan air di kawasan itu adalah di paras pinggang manakala jalan raya tidak dapat dilalui.

"Keadaan ini telah menjejaskan 20 penghuni di rumah panjang ini,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu,katanya,pemantauan yang dibuat Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) di Ulu Layar, Betong,keadaan banjir adalah terkawal.
"Pihak kita sedang memantau keadaan banjir di kawasan Kampung Lalang, Kampung Babu dan Kampung Bungin,"ujarnya.

Katanya, setakat ini tiada pemindahan mangsa dilakukan.
LihatTutupKomentar
Cancel