Kedai jual barangan sukan di Boulevard terbakar pagi tadi

KUCHING:Premis menjual barangan sukan di Ground Floor, Pusat Beli-Belah Boulevard Batu Empat,di sini, terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.03 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.
"Kebakaran berlaku di bahagian kaunter yang terbakar 15 peratus tanpa melibatkan struktur lain premis tersebut,"katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak Bomba terpaksa memecah masuk ke dalam premis memandangkan waktu operasi belum dibuka semasa kejadian.
"Tindakan pemadaman menggunakan air daripada jentera dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7.39 pagi,"ujarnya.

Katanya,punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
LihatTutupKomentar
Cancel