Keluarga bimbang, cuba hubungi Bangau
KUCHING, 5 Jun: Ramai anak Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan luar negara telah terkandas dan tidak dapat kembali ke negeri ini akibat Covid-19 menyebabkan saudara mara mereka di Sarawak merasa bimbang dan berusaha mendapatkan maklumat mereka.
Antaranya Marshella Anne Anyau, 34 yang meminta orang ramai memberikan maklumat tentang bapa saudaranya, Bangau Sawal, 60 yang kali terakhir dimaklumkan berada di Johor dan Singapura.
"Kali terakhir bapa saudara saya kembali ke Kuching ialah pada 2007. Semenjak itu beliau tidak pernah menghubungi adik beradiknya di negeri ini dan sejak itu terputus hubungan dengannya,"katanya kepada Gago Daily, hari ini.
Marshella berkata bapa saudaranya itu berasal dari Simunjan dan pemeriksaanya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baharu-baharu ini mendedahkan alamat kediamannya masih kekal di Simunjan.
"Sehubungan itu, saya amat berharap orang ramai yang ada maklumat mengenai bapa saudara saya itu untuk menghubungi kami segera,"katanya dengan beliau boleh dihubungi melalui media sosial atau WhatsApp di 012-8826880.
keterangan gambar:
1.Gambar pada pasport dan surat beranak Bangau Sawal, 60.