Keluarga Penan hilang tempat tinggal
BARIO: Kebakaran sebuah pondok sewa ditepi sawah di Kampung Ulung Palang A, Bario petang semalam menyebabkan sebuah keluarga Penan tinggal sehelai sepinggang.
Maklumat dari Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Bario memberitahu, mereka telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1 petang.
“Sebaik sahaja tiba PBS Bario dibantu oleh Bomba Komuniti Ulung Palang A dan penduduk kampung memadam sisa-sisa kebakaran tertinggal supaya tidak merebak ke belukar dan semak yang berdekatan,” katanya.
Katanya, mereka memadamkan api menggunakan baldi serta sumber air daripada air takungan sawah.
Anggota PBS turut mengasingkan bahan api yang sedang terbakar untuk mengelakkan ia merebak.
Setelah api padam sepenuhnya, anggota PBS bertolak balik.