Kementerian bantu kontraktor kurang pekerja

KUCHING, 27 Jun: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan berusaha membantu kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini yang menghadapi masalah kekurangan pekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) lepas.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata ini kerana ada kontraktor terbabit  mengadu kini menghadapi masalah kekurangan pekerja kerana sebahagian besar pekerja mereka terutama dari Indonesia sudah pulang ke negara asal akibat PKP.

"Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP), mereka (pekerja Inndonesia) tidak dapat masuk semula (ke Sarawak) dan susah mencari pekerja lain sekarang ini,"katanya selepas mengadakan lawatan mengejut ke projek Lebuhraya Pan Borneo di Kota Sentosa, di sini, hari ini.

Fadillah berkata kontraktor pakej Lebuh Raya Pan Borneo di Kota Sentosa itu antara yang masalah masalah  kekurangan pekerja dan dikhuatiri boleh menjejaskan perlaksanaan pakej projek itu yang sudah 51 peratus siap.

"Kita (KKR)  kena cari jalan bagaimana kita membantu mempercepatkan dari segi pekerja-pekerja ( kontraktor ) ditambah di tapak pembinaaan ini," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap pekerja dari luar negara yang diperlukan bagi melaksanakan projek itu dapat dibenarkan kembali ke Sarawak walaupun sempadan negeri ini ditutup sejak PKP.

LihatTutupKomentar
Cancel