Kes aktif catat angka paling rendah bawah 1,000 hari ini


 
PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Buat pertama kali sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini mencatat bawah angka 1,000, iaitu 986 kes, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini terdapat lapan kes baharu yang telah direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 8,453 kes.

Jelasnya, daripada lapan kes baharu itu, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap, manakala enam kes lagi merupakan penularan di dalam negara.

“Bagi penularan tempatan, empat kes adalah bukan warga tempatan dan dua kes adalah dalam kalangan warga Malaysia.

“Empat kes jangkitan (dalam negara) itu melibatkan bukan warganegara adalah daripada Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2, manakala kes warganegara membabitkan satu kes saringan klinikal kes Influenza Like Illness (ILI) di Bintulu, Sarawak, dan satu kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah,” katanya dalam sedang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini. 
-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel