Korea Utara tangguhkan tindakan ketenteraan ke atas Korea Selatan



PYONGYANG, 24 Jun (Bernama) -- Korea Utara memutuskan menangguhkan rancangan untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Korea Selatan, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita pusat (KCNA) pada Rabu.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kelima Suruhanjaya Pusat Tentera Ketujuh Parti Pekerja Korea (WPK) yang diadakan secara maya pada Selasa dan dipengerusikan pemimpin tertinggi negara itu Kim Jong Un.

Minggu lalu, tentera Korea Utara mengumumkan mengenai tindakan ketenteraan ke atas Korea Selatan sebagai protes terhadap pihak berkuasa negara itu kerana gagal menghentikan "pembelot" daripada menghantar risalah anti-Pyongyang. 

Tindakan itu diusulkan kakitangan turus am Tentera Rakyat Korea, termasuk penempatan semula anggota tentera ke kawasan pelancongan Gunung Kumgang dan zon perindustrian Kaesong.

-- BERNAMA

 


LihatTutupKomentar
Cancel