Lihat gerhana secara dalam talian

KUCHING, 21 Jun: Orang ramai di negeri ini boleh menyaksikan fenomena gerhana matahari spara yang akan terjadi mulai jam 2.30 petang hari ini.

Menurut kenyataan Planetarium Negara di laman Facebook, kejadian terbabit akan dapat di lihat di negara ini sehingga jam 5.30 petang dengan maksima jam 3.57 petang sekiranya dilihat di Kuala Lumpur.

"Orang awam adalah dinasihatkan untuk menggunakan penuras khas bagi menyaksikan fenomena gerhana Matahari," menurut Planetarium Negara.

Ini kerana melihat terus ke arah Matahari tanpa mengunakan sebarang penuras yang sesuai adalah di larang kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kerosakan mata atau mengakibatkan buta kekal.

"Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengikuti penstriman langsung (live streaming) fenomena Gerhana Matahari Separa melalui media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara," menurut kenyataan itu.

Ini kerana kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).  

LihatTutupKomentar
Cancel