Mayat lelaki ditemui terapung dalam parit
BETONG: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam parit ladang sawit Nanga Ban,di sini, pagi tadi.
Mayat lelaki berusia 59 tahun terbabit ditemui penduduk rumah panjang Nanga Ban sekitar jam 9.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Ali berkata, penduduk kemudian memaklumkan perkara itu kepada menantu mangsa.
"Menantu mangsa kemudian bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dengan bahagian muka tertungkup,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tiada sebarang kesan pergelutan dan tindakan perbuatan jenayah dikesan pada tubuh badan mangsa.
"Menantunya memberitahu bapa mentuanya telah keluar dari rumah sejak pada petang Ahad lalu,"ujarnya.
Beliau berkata, mayat telah dihantar ke hospital Betong untuk bedah siasat.
Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).