Operator perjudian dibuka Jumaat ini

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) turut membenarkan operator perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan, untuk beroperasi mulai Jumaat ini (19 Jun).

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, keputusan itu turut disusuli dengan membenarkan beberapa premis lagi termasuk pasar malam, pasar siang dan pasar minggu untuk beroperasi pada 20 Jun.

"Keputusan ini juga adalah berdasarkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Untuk itu, pengusaha premis dinasihati untuk sentiasa peka dan patuh terhadap garis panduan yang disediakan," katanya pada sidang media hari ini

Sementara itu katanya, bagi MM2H yang telah berada di Malaysia semasa PKP dan sudah melalui proses kuarantin dan saringan Covid-19, mereka dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa dikuarantinkan semula.
LihatTutupKomentar
Cancel