Padah buat drift di stesen minyak

ARAU, 1 Jun (Bernama) -- Padah melakukan aksi ‘drift’ kenderaan di perkarangan sebuah stesen minyak di Jejawi, di sini, dua lelaki berumur 34 dan 37 tahun ditahan polis selepas tindakan mereka itu tular di media sosial.

 Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Ma’arof berkata ekoran aksi mereka tular, kedua-dua lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Arau kira-kira 8.45 malam tadi.



 “Turut dirampas sebuah kereta jenis Subaru BRZ yang dipercayai digunakan bagi melakukan aksi berkenaan.

Salah seorang suspek yang ditahan merupakan pemilik sebuah stesen minyak,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

 Nanda berkata kedua-dua lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

 Semalam tular di laman sosial Facebook, sebuah klip video berdurasi 16 saat menunjukkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan melakukan aksi berbahaya drift di perkarangan sebuah stesen minyak di sini. -- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel