Penganggur diberkas miliki Syabu

BAU:Seorang penganggur yang berada dalam keadaan mencurigakan diberkas kerana memiliki dadah jenis syabu.

Tangkapan lelaki berusia 22 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah(BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau jam 3.20 petang bertempat di hadapan kedai terbiar Kampung Pangkalan Terbang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bau,Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata,
hasil Pemeriksaan ke atas satu kotak rokok warna hitam/hijau bertulis Era Black Mentol yang berada di sebelah suspek setelah diperiksa di dalamnya terdapat satu paket plastik kecil lutsinar berisi bahan kristal putih yang di syaki dadah syabu.

"Anggaran keseluruhan berat kasar adalah 0.19 gram dan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,ujian saringan awal mendapati suspek juga positif amphetamine dan methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Seterusnya suspek ditahan di lokap Balai Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut,"tegasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel