Pengedar dadah tumpas di Bintangor





Oleh Zaini Busrah

BINTANGOR: Seorang lelaki bakal berdepan penjara seumur hidup apabila diberkas bersama dadah disyaki methamphetamin seberat kira-kira 30.77 gram.

Polis melakukan serbuan kira-kira jam 1.05 petang di sebuah rumah kampung dan menjumpai sebuah beg dipercayai berisi dadah milik lelaki berusia 47 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata, ketika pemeriksaan di bilik suspek, polis telah merampas sejumlah dadah disyaki methamphetamin seberat (berat kasar) 30.77 gram.

Menurutnya, dalam beg yang sama juga dijumpai 19 biji pil disyaki Nimetazepam (Erimin 5).

"Nilai rampasan barang berjumlah RM4000.Turut dirampas sejumlah wang tunai RM3,969," katanya.

Beliau berkata, suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau kes dadah dan ujian air kencing saspek turut memgandungi dadah meth.

"Saspek disiasat di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup @ tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali," katanya.

Beliau berkata, saspek direman untuk siasatan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel