Penunggang motosikal maut, pemandu pikap larikan diri
TATAU: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggang bertembung pikap di Kilometer 14, Jalan Tatau-Bintulu petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali Ajai Merapoh, 27, akibat kecederaan parah di bahagian kepala tercampak hampir lima meter ke sebelah kiri jalan.
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mangsa bergerak dari arah Bintulu menuju ke Tatau.
"Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengesan pemandu pikap yang dipercayai melarikan diri ke arah Bintulu
selepas kemalangan ini.
"Serpihan logo pikap ditemui tidak berapa jauh dari lokasi kejadian yang mana siasatan akan dijalankan berhubung perkara ini,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.