Perpustakaan sedia akses maklumat kepada masyarakat
KUCHING: Pustakawan dan perpustakaan telah memain peranan aktif untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terputus akses kepada maklumat serta bahan bacaan semasa perintah Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)
COVID-19.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Dato Sri Nancy Shukri berkata,sejak 18 Mac lalu, kesemua jenis perpustakaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk semua lapisan masyarakat seperti perkhidmatan dalam talian, pembangunan pangkalan data COVID-19, penawaran bahan bacaan dalam talian secara percuma, penyediaan kandungan tempatan.
"Ada juga yang melibatkan diri dengan penyediaan PPE serta berkolaborasi dengan pembekal bahan bacaan untuk membuka pangkalan data penyelidikan bagi membolehkan para penyelidik mendapat akses percuma kepada bahan penyelidikan COVID-19,"katanya sempena sambutan Hari Pustakawan hari ini.
Katanya,pelbagai perpustakaan telah berganding bahu untuk menjalankan aktiviti dalam talian seperti Jom Baca and World Quran Hour.
"Pada waktu yang sama, para pustakawan juga senantiasa mengingatkan masyarakat tentang bahaya berita palsu atau fake news,"ujarnya.
Katanya,semua pustakawan telah turut menyumbang kepada kesejahteraan Malaysia pada sepanjang waktu.
"Khidmat bakti anda di perpustakaan negara, perpustakaan awam, perpustakaan akademik, perpustakaan khusus dan pusat sumber sekolah telah banyak menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan,"jelasnya.
Menurutnya lagi,selaras dengan tema perayaan Hari Pustakawan Malaysia pada tahun ini, #tetaprelevan dan #stayingrelevant, para pustakawan harus sentiasa bergerak sejajar dengan keperluan pembangunan semasa.
"Dengan kemahiran pengurusan dan pengetahuan yang ada pada anda serta akses kepada data polar di tangan anda, para pustakawan Malaysia berupaya dan bersedia untuk bergerak sealiran dengan pergerakan masa dan perubahan,"jelasnya.