Projek perlindungan hakisan RM10 juta di Kampung Sinar Budi Lama
KUCHING, 20 Jun: Projek perlindungan hakisan tebingan sungai bernilai RM10 juta akan dilaksanakan di Kampung Sinar Budi Lama, di sini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata demikian dengan pihaknya meminta juruperunding arkitek projek terbabit mensasarkan tender projek itu dikeluarkan dan kerja projek dimulakan beberapa bulan selepas ini.
"Ini bagi membolehkan penduduk (Kampung Sinar Budi Lama) tidur dengan aman waktu malam dan bukan bimbang terhadap rumah mereka jatuh ke dalam sungai,"katanya dalam kenyataannya di media sosial Facebook semalam.
Sim berkata ini berikutan berulangnya hakisan tebingan sungai di kampung terbabit dan beliau telah turun padang melawat tebingan sungai di kampung terbabit semalam.
Katanya juga bersama dalam lawatan terbabit ialah Pengarah DID Sarawak, Dato Chok Moi Soon dan juruperunding projek itu yang baharu dilantik.
tamat