Pukul ibu kerana ditegur buat bising
MIRI: Tergamak memukul ibu kandung sendiri kerana ditegur membuat bising di rumah.
Seorang penganggur ditahan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret sehingga 28 Jun ini.
Suspek berusia 32 tahun dipercayai memukul ibunya sehingga lebam di Taman Tunku semalam.
Suspek yang berusia 32 tahun itu telah ditahan polis kira-kira jam 1.45 pagi bagi membantu siasatan selepas laporan dibuat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
Kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.