Puspakom lanjutkan operasi mulai esok


KUCHING: Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin berkata, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) melanjutkan operasi setiap hari Sabtu mulai esok.

Menurutnya, lanjutan operasi bermula jam 9 pagi hingga 4 petang sehingga hujung bulan ini.

Katanya, ia bagi mengelak kesesakan terutama maslah barisan panjang bagi menunggu giliran untuk pemeriksaan.

"Kita mendapati beberapa aduan daripada pelanggan mengenaibarisan menunggu sejak awal pagi.

"Ia termasuk pelanggan  yang datang temu janji," katanya selepas mengadakan lawatan ke Puspakom di sini semalam.

Kim Shin berkata, dia telah mencadangkan laluan khusus bagi pelanggan yang membuat temujanji terutama yang melalui laman web syarikat atau MyPUSPAKOM.
LihatTutupKomentar
Cancel