Pustaka Negeri dibuka selepas PKPP ditarik balik

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak hanya dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditarik balik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka, Dr Rashidah Bolhassan berkata, tindakan tersebut merupakan tanggungjawab dalam usaha membantu kerajaan membanteras penularan COVID-19.

Bagaimanapun katanya, perkhidmatan atas talian terus dibuka untuk tempoh 24 jam bagi kemudahan masyarakat.

"Kami akan membuka semula selepas kerajaan menarik balik
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan," katanya pada sidang media di Bilik Auditorium Atas 1, Pustaka Negeri Sarawak.

Pada majlis tersebut Pustaka menyerahkan peranti Raspberry Pi kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak yang digunakan, untuk menjayakan alternatif 'Pustaka in A Box' bagi membantu 10 sekolah yang memerlukan akses Internet.

Dalam pada itu, Pustaka menggunakan platform Youtube,(www.youtube.com/user/PustakaSarawak) laman sosial yang lain untuk menjalankan pelbagai aktiviti, misalnya seminar atas talian (sempena Minggu Arkib Sedunia), Ceramah Komuniti, Bicara Pustakawan, E-Literacy (Program PANDei), WOW Pustaka, Sarawakiana dan sebagainya.
 
Rashidah berkata, penutupan Pustaka di Kuching dan Miri turut melibatkan kemudahan sewa dewan dan sebagainya.

Bagaimanapun katanya, aktiviti riadah seperti berjoging di kawasan taman adalah dibenarkan.
LihatTutupKomentar
Cancel