Salahuddin Nafi sertai Bersatu
KUALA LUMPUR, 5 Jun -- Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub menafikan bahawa beliau dan beberapa pimpinan parti itu akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan palsu tersebut.
"Laporan yang merupakan fitnah murahan itu tidak akan sedikit pun menjejaskan usaha dan komitmen Pakatan Harapan (PH)," katanya menerusi kenyataan hari ini.
-- BERNAMA