Sarawak akan teliti kebenaran rentas Semenanjung

Datuk Amar Douglas Uggah Embas



Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

KUCHING : Kerajaan Sarawak dijangka akan bermesyuarat pada esok hari bagi membincangkan peraturan baharu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini, termasuk implikasi kebenaran rentas Semenanjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya akan meneliti semua peraturan baharu itu dan implikasinya ke atas Sarawak yang secara umumnya berada dalam zon hijau.

"Kita akan putuskan apa yang perlu dibuat selepas perbincangan tersebut," katanya ketika ditanya sama apa prosidur untuk rentas antara Sarawak dan Semenanjung.

Beliau turut mengulas pengumuman 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan digantikan dengan PKPB mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Datuk Seri Fatimah Abdullah

Dalam pada itu, Menteri Kesejahteraan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah menyambut baik langkah kerajaan Pusat menukar PKPB kepada PKPP, sebagai langkah sewajarnya sebelum beralih kepada fasa normalisasi sepenuhnya.

"Langkah ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kita berada pada landasan yang betul dalam usaha untuk memenangi penularan COVID-19.

"Seperti dalam fasa sebelum ini kejayaan bergantung kepada kita semua mematuhi SOP yang ditetapkan, penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta kebersihan diri apabila berada di tempat awam.

"Dalam konteks Sarawak kita sudah bersedia untuk PKPP sebab rakyat telah menunjuk kepatuhan tinggi kepada Prosidur Operasi Standard, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Agensi-agensi penguatkuasaan juga sangat komited dalam menjalankan tugas mereka sama ada peringkat divisyen ataupun negeri," katanya.

Sarawak hari ini merekodkan tiada kes positif COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, ini menjadikan jumlah
keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini adalah kekal
sebanyak 555 kes.

Semalam, Sarawak merekodkan dua kes positif COVID-19 dilaporkan iaitu masing-masing satu kes dari Daerah Kuching dan Samarahan.

LihatTutupKomentar