Sarawak benarkan rentas daerah dan negeri
KUCHING: Sarawak mematuhi keputusan yang telah diumumkan oleh Kerajaan
Persekutuanndengan beberapa penambahbaikan garis panduan dan
SOP mengikut kesesuaian Negeri Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, selaras dengan pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan
Malaysia, penjarakan sosial dalam pesawat dikecualikan sepenuhnya
bagi semua perkhidmatan penerbangan berjadual dan tidak berjadual
termasuk general aviation, private jet operation dan helikopter.
Menurutnya, semua warganegara Malaysia dibenarkan merentas negeri ke
Sarawak dan rentas Daerah dalam Sarawak berkuatkuasa esok.
"Semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan
dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa perlu memohon melalui SDMC dan tidak perlu mengambil sampel (PCR Test) tiga (3) hari sebelum berlepas ke Sarawak.
"Tetapi mereka perlu mematuhi SOP seperti memuat turun aplikasi MySejahtera; mengisi borang deklarasi kesihatan (E-Health Declaration)
(http://sdmc.sarawak.gov.my); pelawat akan diambil sampel PCR secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri (udara, darat dan laut); dan pelawat juga dinasihatkan untuk memuat turun COVID Trace
Sarawak dan Qmunity," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.
Beliau berkata, rakyat Sarawak yang balik dari luar negara akan dikuarantin
wajib selama 14 hari di hotel dan akan diambil sampel COVID-19 pada hari ke-10.
Menurutnya, semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh sebulan yang lepas, wajib menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan diambil sampel COVID-19 pada hari ke-10.
"Semua warga asing yang masuk ke Sarawak yang memiliki permit kerja dan visa yang sah termasuk peserta MM2H diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari. (Kos kuarantin ditanggung ditanggung sendiri)
"Selain itu, semua Person Under Surveillance (PUS) sedang dikuarantin di hotel sehingga hari ini, perlu menghabiskan tempoh kuarantin sehingga tamat," katanya.