Sarawak catatkan tiada kes baharu
KUCHING: Sarawak terus mencatatkan tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Douglas Uggah berkata, keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 552 kes.
Beliau berkata, tiga kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan pada hari ini.
"Tiga kes tersebut ialah dari Hospital Umum Sarawak (2) dan Hospital Sibu (1).
"Setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 523 orang atau 94.75%," katanya pada sidang media hari ini.
Uggah berkata, seramai 20 PUI baru dilaporkan dan seramai 21 kes masih menunggu ujian makmal.
Katanya, sejumlah 45,988 Home Surveillance Order (Quarantine
Order) telah dikeluarkan dan sebanyak 36,235 telah tamat menjalani
Home Quarantine (Release Order) sehingga hari ini.
"Manakala seramai 9,753 Home Surveillance yang masih aktif," katanya.