Semua muzium dibuka Jumaat ini
KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak (JMS) membenarkan pembukaan semua muzium kepada orang ramai dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bermula hari ini.
Bagaimanapun hanya pelawat berumur 13 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.
Jurucakap Jabatan Muzium Sarawak (JMS) berkata, kanak-kanak dibawah umur 12 tahun perlu ditemani oleh penjaga masing-masing.
Menurutnya, pihaknya memohon kerjasama semua pihak untuk bersama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak COVID-19.
"Bagi muzium di bahagian Kuching iaitu Muzium Sejarah Semulajadi, Muzium lslam Sarawak, Muzium Sejarah Cina, dan Muzium Tekstil Sarawak waktu operasi adalah 9.00 pagi hingga 4.45 petang pada hari Isnin Hingga Jumaat.
"Untuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, waktu operasi adalah 10.00 pagi hingga 4.00 petang," katanya dalam kenyataan.
Bagi waktu operasi Muzium Wilayah iaitu Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice) dan Muzium Wilayah Limbang, adalah Selasa hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 4.45 petang
manakala hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum adalah 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Untuk Muzium Petroleum Miri, Muzium Arkeologi Niah dan Muzium Wilayah Baram telah ditutup sementara untuk proses baik pulih dan penyelengaraan.