SFC buka rizab kepada umum
Menurut kenyataan SFC hari ini, rizab semulajadi terbabit di Sama Jaya di sini, Bukit Lima di Sibu, Piasau di Miri dan Bukit Sembiling di Limbang.
Bagaimanapun pihaknya meminta orang ramai mengambil perhatian terhadap waktu pembukaan rizab semulajadi terbabit kerana dari jam 7 hingga 10 pagi ialah hanya bagi warga tua.
Rizab semulajadi itu kemudian ditutup jam 10 pagi sehingga jam 2 petang dan dibuka dari jam 2 petang hingga 6 petang bagi golongan dewasa.
"Kanak-kanak dibawah 12 tahun adalah tidak dibenarkan (masuk). Ingat untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),"menurut SFC dalam kenyataan itu disiarkan di laman sosialnya dan pihaknya berharap dapat membuka taman negara pula selepas ini.