Tauke kedai antara tujuh ditahan main holo

BAU: Seramai tujuh dicekup ketika leka bermain holo di sebuah kedai minuman tidak bernombor, Kampung Stenggang malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, pegawai dari bahagian siasatan jenayah IPD Bau memperkenalkan diri kepada pemilik kedai ketika membuat serbuan.

Menurutnya, suspek yang ditahan berusia 32 hingga 56 tahun. 

"Tujuh ditangkap dan barang-barang yang dirampas telah dibawa ke IPD Bau kerana terlibat didalam kegiatan perjudian yang disiasat dibawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 3 PPPDPPB 2020 (langkah-langkah dan di dalam kawasan tempat jangkitan) (no.6)2020.

"Suspek telah diterangkan hak-hak orang yang ditangkap di bawah Seksyen 28A KPJ dan sebab mereka ditangkap dan telah difahami oleh mereka," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Antara yang dirampas satu unit kong holo warna biru, tiga biji buah dadu, satu helai kain tertera gambar ayam, ketam, harimau, labu, udang dan ikan, wang tunai RM260, kerusi dan meja.
LihatTutupKomentar
Cancel