Tujuh ditangkap hari pertama Gawai



KUCHING: Polis menangkap tujuh individu degil melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada hari pertama Sambutan Gawai Dayak hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, daripada jumlah tersebut seramai  32 orang awam telah dikompaun kerana cuba merentas Daerah tanpa permit polis.

"Ini menjadikan sebanyak 185 orang telah dikompaun sejak 19 Mei yang lepas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 2,071 jumlah permohonan pergerakan antara Daerah telah diterima hari ini oleh 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 93,784 permohonan dan daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 85,495 telah diluluskan manakala 8,289 ditolak,” katanya.

Beliau berkata, seramai 107 individu di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, setakat hari ini.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 38 buah hotel adalah seramai 834 orang manakala seramai 12,574 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin,” ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel