Unimas 401 universiti terbaik di ASIA

KOTA SAMARAHAN:Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menempa nama dengan kedudukan 401 universiti terbaik di Asia apabila mendapat penarafan yang diumumkan dalam The Higher Education (THE) Asia University Ranking 2020 pada Rabu lalu.

Naib Canselor Unimas,Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, penilaian itu adalah berdasarkan pencapaian lima indikator iaitu Teaching (25%), Research (30%), Citations (30%), International Outlook (7.5%) dan Industry Income (7.5%)

"Pencapaian Unimas ini adalah hasil kerjasama semua warga universiti dalam usaha memartabatkan nama Unimas di mata dunia dan semestinya menjadi universiti pilihan dalam kalangan pelajar dan penyelidik,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,Unimas turut disenarai pendek dalam tiga kategori untuk Award Asia 2020 iaitu International Strategy of The Year-Roaring Unimas as a Global Brand, Excellence and Innovation of the Arts dan Workplace of the year. 

"Unimas adalah satu-satunya universiti di Malaysia dan Asia Tenggara yang tersenarai dalam senarai anugerah Asia ini,"ujarnya.

Beliau berkata,pada tahun lepas, Unimas juga adalah satu-satunya universiti di Malaysia dan Asia yang disenarai pendek dalam Times Higher Education Awards Asia 2019 di Abu Dhabi untuk dua kategori iaitu Outstanding Support for Students Award dan Technological Innovation of The Year Award.

"Dengan pencapaian ini Unimas ingin melangkah lebih jauh dan akan sentiasa melakukan penambahbaikan berterusan terhadap aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, pengantarabangsaan, dan hubungan baik industri untuk melakarkan kejayaan dan pencapaian signifikan serta meletakkan nama Unimas setanding dengan universiti terbaik lain,"jelasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel