Veteran ATM menderita lumpuh dibantu

BAU: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Goan Moin yang tinggal di Kampung Segong, Singai, di sini, menderita lumpuh dan lemah anggota badan sejak tahun 2010 dan menghidap penyakit kronik iaitu kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Tambah menyedihkan lagi, isteri beliau iaitu Felex Nura Tusun turut mengalami nasib yang sama iaitu menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik sejak tahun 2015 dan perlu menjalani haemodialisis tiga kali seminggu. 

Keadaan hidup dan kediaman pasangan berkenaan juga dalam keadaan daif, uzur dan usang.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak, Mejar Pahot Joll menyerahkan peralatan pesakit iaitu kerusi roda kepada Goan semalam.

Beliau berharap dengan penyerahan bantuan kerusi roda tersebut dapat membantu pergerakan Goan di dalam rumah atau menghadiri rawatan susulan.
 
"JHEV juga telah memproses Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bantuan peralatan lain untuk Goan dan isteri,"katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel