Warga emas dan kanak-kanak melecur

LUNDU: Seorang warga emas dan kanak-kanak melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sileng Melayu, di sini, tengah hari ini.

Warga emas perempuan berusia lingkungan 70 tahun melecur pada bahagian muka, dan lengan kiri manakala kanak-kanak perempuan berumur lingkungan tiga tahun melecur pada bahagian muka, anggota tangan kiri dan kanan serta anggota kaki kiri dan kanan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.25 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah berstruktur separuh kekal anggaran dengan keluasan 40' x 60'. 

"Semasa kejadian terdapat seramai tujuh orang penghuni dalam rumah tersebut,"katanya di sini hari ini.

Katanya,anggaran kemusnahan kebakaran adalah 80 peratus.
 "Kebakaran tersebut hanya melibatkan bahagian tingkat atas sahaja.

"Anggota operasi berjaya memadam api sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 12.44 tengah hari,"katanya dan menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.
LihatTutupKomentar
Cancel