384 pengusaha bas dan van sekolah terima BKSS

KUCHING, 16 Julai : Kumpulan pertama seramai 384 pengusaha bas dan van sekolah di negeri ini akan menerima Bantuan Khas SayangKu Sarawak (BKSS) dari kerajaan Sarawak sebanyak RM600 dan dimasukkan terus dalam akaun bank mereka seawalnya hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata pihaknya telah menerima sebanyak 408 permohonan bantuan terbabit dari fasa pertama iaitu dari 3 hingga 18 Jun 2020 dengan sebanyak 384 permohonan terbabit diluluskan setelah diperiksa dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak.

"Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM2.75 billion bawah BKSS 1.0 ke 3.0. Salah satu perkara bawah BKSS ialah bantuan kewangan sekali bayar RM600 kepada pengusaha bas dan van sekolah,"katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Lee berkata dari 384 pengusaha bas dan van sekolah terbabit, seramai 162 orang pengusaha itu di Kuching, diikuti Samarahan seramai 22 orang, Serian ( 9 orang), Sarikei ( 4 orang), Sibu ( 21 orang), Kapit ( 2 orang), Bintulu ( 52 orang), Miri (99 orang) dan Limbang (13 orang).
 
"Setakat ini, terdapat seramai 739 pengusaha bas dan van sekolah yang berdaftar dengan LPKP Sarawak,"katanya.

Katanya  Bagi pemandu bas dan van sekolah yang layak dan belum memohon bantuan kewangan sekali bayar terbabit mereka adalah dinasihatkan pergi ke laman sesawag Kementerian Pengangkutan Sarawak (https://mot.sarawak.gov.my/) dan mendaftar terus mengunakan borang permohonan ( Borang Google).

Selain itu mereka juga boleh ke Pejabat Residen bagi mendapatkan bantuan mengisi borang permohonan atas talian ( Borang Google) melalui laman sesawang kementerian terbabit.

"Kesemua pegusaha dan pemadu bas atau van sekolah berdaftar yag belum meghatar permohonan itu adalah dinasihatkan melakukannya secara atas talian pada atau sebelum 31 Julai 2020,"katanya serta bagi memeriksa status permohonan itu bolehlah menghubungi 082-472550 (waktu pejabat).

LihatTutupKomentar
Cancel