Ba Kelalan ujian getir Katak Baik
BAHAN Pilihan Raya negeri (PRN) Ke-12 semakin dirasai. Antara kerusi panas yang menjadi perhatian kalangan pemerhati politik ialah Dun Ba'kelalan.
Hakikat Ba'kelalan kini diterajui Baru Bian bekas pemimpin parti Keadilan Sarawak yang kini bertanding untuk Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Pemimpin yang dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang mengelarkan dirinya katak baik tersebut memenangi kerusi Ba Kelalan untuk kali kedua dalam pilihan raya negeri ke-11 menentang Barisan Nasional (BN) Wille Liau ketika itu dalam pertarungan sudut lurus.
Dia mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 538 setelah mengundi 2,858 undi menentang Wille yang memperoleh 2,330 undi.
Baru pertama kali memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri 2011. Baru yang meninggalkan PKR berikutan pergolakan politik yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini dikatakan selesa untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Dia menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Mei tahun ini dan mengesahkan penyertaannya dalam pilihan raya negeri berikutnya untuk mempertahankan kerusi Ba Kelalan.
Kali ini bekas Menteri Kerja Raya tersebut terpaksa melalui laluan getir apabila berperang dengan calon dari
Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Lebih menarik ke semua parti terbabit dijangka meletakkan calon tempatan di kalangan masuarakat Orang Ulu.
Kini, Parti Bumi Kenyalang, Peter Asut telah mengesahkan untuk bertanding di Ba'kelalan.
Persoalan sekarang, siapakah calon yang diletakkan PKR yang menggantikan Baru Bian di kerusi Dun Ba'kelalan?
Difahamkan nama Martin Labo antara senarai nama teratas yang dijangka bersaing dengan Baru Bian di Ba'Kelalan.
Martin yang tidak asing lagi kawasan Ba'Kelalan antara calon tempatan yang mempunyai hasrat bertanding di kawasan berkenaan sebeluum ini.
Pada PRN yang lalu, Martin antara lima nama yang tersenarai calon SPDP bagi parti BN ketika itu. Namun, peguam Willie Liau telah dipilih untuk bertanding ketika itu.
Bagi calon PBK Peter Asut 61 berkata, dia menganggap dirinya sebagai 'underdog' tetapi tetap optimis bahawa dia mendapat sokongan yang baik.
Menurutnya, dia telah turun padang sejak tahun lalu untuk mendekati pengundi.
"Saya berasal dari Puru Sia di Trusan, Lawas dan saya telah bergerak sejak Julai tahun lalu.
"Saya bukan orang baru di Ba Kelalan. Sebenarnya, saya mempunyai banyak ahli keluarga yang tinggal di kawasan ini. Oleh itu, saya yakin saya mempunyai sokongan yang baik di lapangan, ” ujarnya yang juga bekas Penolong pegawai alam sekitar kanan.
Kredit Gambar - Komen individu di Facebook Saribas Global