Berita Palsu. SEDC nafi Kubah Ria ditutup
KUCHING, 16 Julai: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menafikan berita palsu yang Kompleks Kubah Ria di Satok, Petra Jaya telah ditutup kepada orang ramai akibat Covid-19.
"Untuk makluman semua, tiada kes Covid-19 berlaku di kawasan Kompleks Kubah Ria seperti yang telah ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan SEDC di laman Facebooknya.
Selain itu, SEDC juga menegaskan kompleks yang popular dengan medan seleranya masih beroperasi seperti biasa dan tidak seperti berita palsu terbabit.
"Kompleks Kubah Ria beroperasi seperti biasa dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam," menurut kenyataan itu.