Bintulu bertukar status kepada Zon Hijau
KUCHING, 5 Julai (Bernama)-- Daerah Bintulu kini telah bertukar status daripada Zon Kuning kepada Zon Hijau.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencanan Negeri (JPBN) Sarawak, berdasarkan status itu, kini terdapat dua daerah berstatus Kuning dan 38 daerah berstatus Hijau.
Sarawak hari ini tidak merekodkan sebarang kes positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 571 kes.
-- BERNAMA