Emart Tabuan Jaya dibuka mulai esok.
KUCHING, 2 Julai: Pasaraya Emart Tabuan Jaya terletak di Tabuan Tranquility, Jalan Canna, di sini akan dibuka mulai esok.
Menurut laman Facebook Emart Malaysia, pasaraya terbabit akan dibuka mulai jam 8 pagi esok sehingga jam 11 malam.
Manakala waktu biasa perniagaannya ialah dari jam 7 pagi sehingga jam 11 malam dan mempelawa orang ramai menjadi ahli pelanggan bagi pasaraya itu.
Ini berikutan akan ada banyak promosi pembukaan terbabit yang boleh dinikmati orang ramai yang menjadi ahli pelanggan pasaraya itu.