Hab Petrokimia : Lebih 70,000 pekerjaan, RM20 billion setahun

BINTULU: Keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik Sarawak merancakkan lagi pembangunan industri hiliran gas dan minyak, seterusnya mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan untuk Anak Sarawak dalam bidang petrokimia. 


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, untuk tujuan itu lebih 1,000 ekar tanah di Tanjung Kidurong digunakan untuk pembangunan industri terbabit.

"Kerajaan Negeri berhasrat mengubah Bintulu dari bergantung harap hanya sebagai pengeluar gas LNG yang terkenal di dunia menjadi hub petrokimia  pada masa depan,"katanya ketika mengadakan sidang media semasa lawatan ke Sarawak Petchem Methanol Plant, petang ini.
Katanya, Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPUS) melakukan kajian bersama dengan Petronas, mengenai pengembangan Pelan Induk Petrokimia itu.
"Ini menerusi aktiviti nilai tambah dengan menggunakan gas asli sebagai bahan mentah dalam industri terbabit.
"Sangat penting untuk terlibat dalam mengembangkan produk hiliran industri dengan sebahagian daripada inisiatif ini adalah projek kilang metanol yang kini sedang dibangunkan oleh di Tanjung Kidurong, Bintulu," katanya.
Beliau berkata, projek lain yang berpotensi untuk sektor itu termasuk pengeluaran ammonia, hidrogen, methanol derivatives dan sebagainya.
"Kita yakin industri ini akan menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini, malah
sebanyak 74,000 pekerjaan baru dapat disediakan apabila kawasan ini menjadi hub petrokimia kelak,"ujarnya.
Menurutnya lagi, ini sekali gus berpotensi menjana tambahan RM16 bilion hingga RM20 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak.
"Ini akan membolehkan Sarawak menambah nilai sumber semula jadi sesuai dengan aspirasi negeri untuk memperhebatkan aktiviti hiliran,"tambahnya.
LihatTutupKomentar
Cancel