Lelaki OKU hilang ditemui selamat

SERIAN:Seorang lelaki Orang Kurang Upaya(OKU) yang dikhuatiri hilang ketika pergi ke kebun di Kampung Semukoi A,di sini, tengah hari semalam ditemui selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.45 apgi tadi.

"Mangsa keluar ke kebun jam 1.30 tengah jari semalam.

"Pihak Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Serian telah bergerak ke lokasi kejadian selepas laporan polis di buat oleh keluarga mangsa,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba telah menjalankan pencarian dalam radius 3 kilometer dari kawasan mangsa dikatakan hilang.

"Mangsa telah dijumpai dan balik sendiri ke rumah,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel