Lori kargo dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu terbakar

BINTANGOR: Lori kargo dengan muatan pelbagai barang terbakar ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pemandu dan dua kelindan lori berusia antara 23 hingga 34 tahun selamat dalam kejadian yang berlaku berhampiran dengan lampu isyarat Jalan Kelupu, Tanjung Genting itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.59 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati lori kargo tersebut telah terbakar 80 peratus. 

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran 'hose reel',"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,disebabkan kawasan berdekatan tiada sumber air, pasukan Bomba terpaksa berulang-alik mengambil air dari pili bomba berdekatan sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya. 

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan operasi memadamkan kebakaran tamat jam 6.55 pagi," ujarnya. 
LihatTutupKomentar
Cancel