Lori tong gas bertembung pikap,seorang mangsa cedera
KUCHING: Seorang mangsa cedera setelah sebuah lori muatan membawa tong gas bertembung dari arah bertentangan dengan sebuah pikap di Taman Batu Kitang, di sini, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihak menerima laporan bsrhubung kes itu jam 12.43 tengah hari.
"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP)
Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang penumpang lori tersepit pada tempat duduk hadapan,"katanya di sini hari ini.
Katanya,pasukan Bomba bertindak memotong pintu hadapan lori berkenaan dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa tersebut dan membuat penstabilan.
"Pemeriksaan awal mangsa dibuat oleh anggota EMRS bertugas yang mana mangsa mengalami keadaan trauma dan dalam keadaan sedar semasa dikeluarkan.
"Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS untuk mendapat rawatan,"ujarnya.
Pemandu Isuzu Dmax tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian.