Menteri Komunikasi dan Multimedia lawat Sarawak

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini berada di Kuching, Sarawak untuk lawatan kerja rasmi sempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia. 

Dalam hantaran di Facebook, Saifuddin berkata lawatan tersebut merangkumi kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Hj. Abang Openg, membincangkan penganjuran Hari Malaysia, kesalinghubungan internet serta ekonomi kreatif; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; dan Menteri Utiliti Sarawak, YB Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom.
Turut bersama YB Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia. Sambutan Hari Malaysia 2020 akan diadakan di Sibu, Sarawak. 


LihatTutupKomentar
Cancel